Tuesday 30 July 2013


 
 
 
Seronok!!! suami di dapur
Seorang teman memberitahu, sejak awal perkahwinan dia memang jarang ke dapur, kecuali pada hujung minggu atau apabila saudara-mara berkunjung. Semua bertugas di dapur tergalas di bahu suami. Dalam soal ini tiada paksaan, sebaliknya suaminya yang menawar diri dan dia dengan rela (serta senang hati) menyambutnya.
   Teman kedua juga begitu. Katanya, dia hanya sibuk di dapur apabila, keluarga terutama ibu bapa, mertua dan adik-beradik ada di rumah mereka. Bukan berpura-pura tetapi untuk menjaga air muka suami. Sebaik melahirkan anak pertama, suaminya memberitahu tugas teman penulis ini hanyalah untuk menjaga anak dan membahagiakannya.
   Beruntung sungguh wanita yang mempunyai suami begini. Bukan senang untuk melihat suami tangkas beraksi di dapur. Kebanyakan lelaki lebih rela menyerahkan 100 peratus tugas di dapur pada isteri meskipun tahu banyaknya tanggungjawab yang dilaksanakan si isteri.
   Tahukah anda wanita mudah tertarik dengan lelaki yang pandai memasak dan rajin ke dapur? Jadi mengapa tidak gunakan peluang ini untuk menambat hati isteri? Memang diakui, bukan semua lelaki pandai memasak, tetapi ia satu kemahiran yang boleh dipelajari. Bak kata pepatah, di mana ade kemahuan di situ ada jalan.
   Bagi isteri pula, berilah galakan jika suami terbuka hatinya untuk menjengah ke dapur ketika anda memasak. Ramai isteri yang penulis temui berkata, bukan tidak mahu suami memasak, tetapi mereka tidak sanggup melihat ‘kesan sampingan’ kerana pelu mengemas dapur yang bersepah.
   Jangan jadikan perkara ini sebagai penutup laluan suami ke dapur. Untuk mengelakkan kesan sampingan yang anda tidak mahu itu, anda boleh menjadi pembantu ketika suami menunjukkan bakat memasaknya.
   Apa perlunya mengajak suami memasak? Ia antara cara boleh meningkatkan kemesraan suami isteri, membuka peluang yang lebih besar untuk saling bekerjasama dan memahami serta menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
Soalnya, bagaimana hendak mengajak dan menggalakkan suami ke dapur? Antara langkah yang anda boleh lakukan ialah :
  *Menggalakkan suami memasak makanan yang dia inginkan. Melalui cara ini suami bukan saja berfikir mengenai menu malah dia juga akan terbabit secara langsung dalam soal membeli bahan masakan – bermakna anda ada teman untuk bersama-sama ke pasar. Jika suami lebih berminat menyediakan hidangan berasaskan daging atau ayam, seimbangkan sajian anda dengan memasak sayur atau menghidangkan ulam.
  *Beri tunjuk ajar kepada suami cara menggunakan, peralatan di dapur. Awalnya, dia mungkin kekok, tetapi alah bisa tegal biasa. Tunjukkan tempat anda menyimpan bahan masakan seperti garam dan rempah-ratus.
  *Bekalkan buku resipi supaya suami anda boleh membuat pilihan dan rujukan dengan mudah. Tidak kira bagaimana dia beraksi di dapur, satu perkara penting yang anda perlu ingat, jangan tegur supaya dia mengikut cara anda. Setiap orang ada caranya sendiri dan jika dia perlukan bantuan atau panduan, dia pasti akan bertanya.
  *Puji usaha suami. Berikan pujian atas usaha suami walaupun masakannya mungkin tidak seperti yang anda harapkan. Pujilah dia kerana usahanya menyediakan hidangan untuk anda dan keluarganya. Jika anda mahu mengur masakannya, lakukan dengan cara berhemah, contohnya dengan ayat ‘Sedap masakan abang, tapi kalau kurangkan garam tentu lebih berselera saya makan’. Anda juga boleh memberi cadangan untuk dia memperbaiki kualiti masakannya. Gunakan kreativiti anda untuk memuji kekasih anda itu.
   Puji suami di depan ahli keluarga termasuk ibu bapa dan mertua. Pada mulanya suami anda mungkin malu-malu dan menafikannya tetapi, teruskanlah pujian anda. Ini sedikit sebanyak akan mendorong minatnya dan menguatkan semangatnya untuk belajar menyediakan lebih banyak hidangan. Anak-anak juga akan berasa gembira apabila mengetahui bapa mereka pandai memasak. Mana tahu ia boleh meransang anak-anak untuk makan.
  *Pilih menu bersama-sama. Buat permulaan anda boleh mencadangkan hidangan yang mudah dan apabila dia sudah mahir, anda boleh meminta suami memasak sajian yang lebih rumit dan disukai anak-anak. Jika ada anak, anda boleh meminta pandangan mereka hidangan yang diingini supaya anda dan suami boleh bekerjasama menyediakannya. Pada masa sama, anda boleh menggalakkan suami untuk mencipta resipi sendiri. Tidak dinafikan lelaki memang lebih kreatif dalam kebanyakan perkara termasuk menghasilkan hidangan baru.
  *Pergi ke pasar bersama. Babitkan suami dalam pemilihan bahan masakan dan dia mungkin terfikir hidangan yang diingininya. Beritahu suami cara memilih ikan dan sayur yang segar atau bahagian daging serta kesesuaiannya dengan jenis masakan. Terangkan juga kenapa sesetengah produk lebih baik daripada yang lain. Ini cara untuk meransang minatnya terhadap makanan yang hendak disajikan kepada keluarga.
  *Tawarkan diri untuk mencuci pinggan mangkuk. Meskipun anda tahu ia memang akan menjadi tugas anda, tetapi ambillah hatinya dengan menyatakan kesediaan untuk membersihkan peralatan yang digunakan ketika memasak. Jangan biarkan suami bersendirian di dapur kecuali atas permintaanya.
   Berdua di dapur lebih menyeronokkan darpada masak bersendirian. Selain mencuci pinggan, anda boleh membantu memotong bawang atau sayur. Kehadiran anda menemani dia di dapur sedikit sebanyak boleh membuatkan suami terasa dihargai. Ia secara tidak langsung menjadikan memasak sebagai usaha berpasukan dan bukannya tugas individu.
   Pada masa sama, perlahan-lahan anda boleh mengajarnya mengenai aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan. Antaranya membersihkan pisau dan papan pemotong selepas digunakan, menanggalkan cincin dan jam tangan sebelum memasak, basuh tangan setiap kali selepas menyentuh muka, rambut, sampah dan daging mentah.
 
 
 

Sunday 28 July 2013


APABILA KITA MEMBAZIR

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan mengoyakkannya ?
  Pasti jawapan anda tidak. Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi tanya pada diri sendiri, pernahkah anda membeli majalah atau buku dan meletakkannya ke tepi, kemudian anda tidak sempat membacanya?
  Pernahkah anda membeli baju baru dan selepas beberapa bulan, baru anda menyedari hanya memakainya sekali saja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukan, tetapi hakikatnya anda tidak memerlukannya?
  Pasti pernah bukan? Malah kebanyakan kita mengalami perkara ini.  Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi apabila tiba masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat dan di sini pembaziran berlaku.

  Berikut enam sebab punca pembaziran :

1. Kita memberi alasan untuk berbelanja
    
 Kita sering member sebab perlu berbelanja seperti , “Aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri”. Tidak kira sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian di luar kemampuan.
      Adakalanya kita menyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

2. Kita tidak mahu dilihat kedekut
      Adakalanya kita sibuk memikirkan tanggapan orang lain pada diri kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap ‘persetujuan’ daripada orang lain.

3. Kita rasakan sukar untuk memahami kewangan
     
Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi seperti, “Aku tidak pandai dengan angka”, “Aku tak akan jadi kaya” atau “Sukarnya memahami pelaburan”.
      Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab kita perlu berbelanja dan membazir dan pada masa sama tidak pula menyimpan dan melabur.

4. Kita suka pada kepuasan sementara
     
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pasti kita akan membeli sesuatu tidak kira sama ada perlu ataupun tidak.
      Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu rasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

5. Kita tidak mengaku (atau tahu) jumlah sebenar perbelanjaan kita
     
Pernahkah kita mengira jumlah sebenar perbelanjaan bulanan dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan serta mengira wang untuk hiburan dan seumpamanya.
      Tetapi bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta, cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah atau temu janji doktor gigi setahun sekali?
      Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan menyebabkan kita berbelanja lebih.

6. Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang
     
Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kedudukan kewangan diri sama ada dengan cara melabur, memulakan perniagaan atau ingin mempelajari skil baru untuk menambah pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai keutamaan.
      Akibatnya, kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita mulakan langkah memperbaiki kewangan.
      Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, kita maju setapak ke hadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudah-mudahan kita akan ingat enam sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

  

      Soalan
     
Saya baru mendirikan rumah tangga tahun lalu dan kami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Sebelum berkahwin, saya sering boros namun tidak terasa sebarang kesusahan.
      Kini lain pula apabila berkeluarga, terasa kesulitan apabila membazir. Apatah lagi dengan anak yang bakal lahir, saya mula risau. Apakah yang perlu saya lakukan?

                                                                    Izudin Mohammad,

                                                                Kota Bharu, Kelantan.

      Jawapan
      Perancangan kewangan penting ketika masih bujang. Ia berlipat kali ganda pentingnya apabila berkeluarga dengan lebih banyak mulut untuk disuap.
      Lazimnya kita terlupa untuk melihat keadaan kewangan jangka panjang akibat pembaziran hari ini. Mungkin ia tidak terasa dalam tempoh singkat seperti dua atau tiga bulan dari sekarang, tetapi ia pasti akan member impak kepada keluarga dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang jika tidak melakukan perancangan awal.
      Sebelum menyambut cahaya mata, inilah, masa terbaik untuk fikir dan rancang masa hadapan keluarga. Sikap boros dan membazir perlu dikikis kerana sikap itu mencerminkan kegagalan kita melakukan perancangan.
     Kita sedia tahu emosi memainkan peranan penting dalam pembelian dan pembaziran. Apa kata anda menggunakan elemen emosi ini pula manfaat anda.
     Caranya, fikirkan kesulitan dan kesusahan anda, isteri serta anak dengan penuh emosi. Emosi ini akan membuatkan kita lebih risau seperti anda alami kini dan kerisauan itu boleh menjadi satu motivasi untuk tidak lagi boros dan membazir dalam perancangan kewangan masa hadapan.

Wednesday 24 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAMA ANAK-ANAK YATIM SEKITAR SHAH ALAM ANJURAN UFM UITM.

Kegembiraan mereka jelas terpancar diraut wajah anak anak kecil ini... mungkin kita pandang remeh benda sebegini tapi apa yang mereka rasa kite tidak pernah tahu.. ada yg telah kehilangan kedua ibu bapa mereka....dan ada yg kehilangan ayah sahaja... dan ada yg kehilangan ibu sahaja...
Jadi dikesempatan ini fizi menyeru umat islam agar sama sama menjaga kebajikan anak anak yatim InsyAllah ada ganjaran DiAkhirat kelak.

hehe happy happy adik adik ni...


Tuesday 23 July 2013


1.0          PENGHARGAAN

Alhamdulilah dengan penuh rasa bersyukur kehadrat ILAHI dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) kerana akhirnya berjaya juga kami menyempurnakan dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Ustaz Ahmad Faiz dalam masa yang ditetapkan. Tugasan yang diberikan mengenai analisa topik yang terdapat didalam majalah Solusi iaitu mengenai Akhlak. Dengan adanya tugasan sebegini, sedikit sebanyak telah menambah ilmu pengetahuaan kepada kami berkenaan akhlak terpuji tersebut dan segala suruhan dan amanah Allah (S.W.T) kepada golongan manusia yang mulia dalam ciptaan-Nya. Semoga analisa ini menberi manfaat serta faedah yang berguna kepada kami khususnya dan kepada para pembaca amnya, juga mengandungi pelbagai pengajaran dan nasihat yang berguna. Disamping itu, maksud dan kandungan majalah solusi ini boleh diteladani dalam kehidupan terutamanya berkenaan dengan ketakwaan kepada Allah, keimanan yang kukuh, serta sabar menegakkan ajaran Allah (S.W.T). Ucapan terima kasih juga kepada semua yang banyak menbantu kami bagi menyiapkan analisa ini, terutamanya kepada kedua orang ibu bapa kami yang banyak menbantu kami serta memberikan panduan bagi menyiapkan analisa ini, tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugas ini dan tidak lupa juga rakan sekumpulan yang banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan fikiran atau tenaga sehinggalah siapnya analisa ini. Semoga tugasan sebegini akan dapat menambah bahan bacaan ilmiah dan menyumbang kepada percambahan pemikiran ummah bagi perkembangan tamadun islam sejurus dengan kemodenan negara.




2.0       MENGUMPAT

2.1       Kebiasaan Mudah yang Membawa Padah

            Menilai orang lain dan menyebut keburukannya sangat ringan di lidah. Kebiasaan ini disebut mengumpat  (ghibah). Tidak ada yang terjaga daripada sifat buruk ini melainkan orang yang berusaha melawan nafsunya dengan bersungguh-sungguh.

            Berkenaan dengan ini, terdapat sebuah kisah yang terjadi kepada salah seorang ulama terdahulu. Beliau ialah Abdullah bin Wahb al-Fihri, seorang faqih dan muhaddith terbilang di Mesir, juga seorang murid Imam Malik. Beliau wafat pada tahun 197H. Sebagai manusia biasa, Ibn Wahb pernah memiliki kebiasaan mengumpat. Beliau lalu berusaha meninggalkan kebiasaan ini dengan pelbagai cara. Beliau bercerita : “Aku bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang, maka aku akan berpuasa satu hari. Namun, aku menjadi sangat lemah kerana nazar ini. Setiap kali aku mengumpat, aku berpuasa.”

            Apabila cara ini dirasakan tidak efektif lagi, Ibn Wahb mencuba cara lain. Ia berkata: “Aku lalu bernazar, setiap kali aku mengumpat seseorang , aku akan bersedekah satu dirham. Disebabkan besarnya cintakan kepada wang dirham, akhirnya aku berjaya meninggalkan kebiasaan mengumpat.”

2.2       Buah Ilmu

                Kisah ini diambil daripada kitab Tazkirah al-Huffaz karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi. Setelah menyebut kisah ini, al-Zahabi berkata, “Beginilah, demi Allah, sikap para ulama terdahulu. Dan sikap ini terbit daripada ilmu yang bermanfaat.”

            Kata-kata ini ada benarnya. Memperbaiki diri adalah buah ilmu. Tidak berguna ilmu yang kita pelajari jika ia tidak menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Semua muslim sudah tahu bahawa mengumpat dan menceritakan aib orang lain adalah kebiasaan yang sangat diharamkan . Al-Quran  menggambarkannya bagaikan memakan bangkai saudara sendiri dalam surah al-Hujurat ayat 12.

 

Rasulullah (S.A.W) juga  sangat membenci sikap ini tidak kira siapa orang yang melakukannya. Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa suatu hari Siti Aisyah membicarakan keburukan Safiyyah, isteri Nabi yang lain di hadapan Baginda. Aisyah berkata: “Cukuplah keburukannya, ia seorang yang pendek.” Mendengar ucapan ini, Rasulullah (S.A.W)  sangat marah. Baginda lalu bersabda yang bermaksud: “Engkau telah mengucapkan suatu perkataan yang andai dituang ke laut nescaya ia akan mengotorkannya.”

            Oleh sebab itu, setiap ulama yang takut kepada Allah (S.W.T) berusaha meninggalkan perbuatan ini dengan pelbagai cara seperti yang dilakukan Ibn Wahb di atas. Sesetengah ulama yang lain meninggalkan sifat ini sejak pertama kali mengetahui pengharamannya. Berkata Imam al-Bukhari: “Aku tidak pernah mengumpat seseorang sejak aku tahu bahawa ia diharamkan.”

            2.3       Elokkan Kata-Kata

            Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya. “Mengumpat diharamkan secara ijmak ulama. Tidak dikeluarkan daripada hukum ini kecuali perkara-perkara yang sangat besar maslahatnya seperti jarh wa ta’dil dalam nasihat.”

            Jarh wa ta’dil adalah satu tugasan dilakukan ahli hadis dalam memeriksa keperibadian dan hafalan seorang perawi hadis, termasuk membicarakan cacat cela yang terdapat pada dirinya. Perbuatan ini sebenarnya termasuk dalam kategori mengumpat, namun ia dibolehkan kerana mengandungi maslahat yang lebih besar yakni memilih hadis yang sahih daripada yang palsu.

            Jadi, ia dihalalkan kerana darurat. Maka sesuai mengikut kaedah usul,hukum darurat mesti dibatasi sekadar keperluan (hajat) sahaja. Oleh sebeb itu, diharamkan berlebih-lebihan dalam menilai perawi. Berkata Imam al-Sakhawi: “Tidak boleh mencelanya dengan dua sifat, jika dengan satu sifat telah mencukupi.” Jika kita perlu menilai orang lain, gunakanlah kata-kata yang lembut dan sopan. Imam al-Syafi’i pernah berkata kepada muridnya al-Muzani: “Wahai Abu Ibrahim, perelokkanlah kata-katamu. Janganlah engkau berkata, ‘Si polan pendusta.’ Akan tetapi katakanlah, ‘Ucapannya tidak berharga.’”

           

 

2.4       Tidak Ingin Dicela, Jangan Mencela

            Kita juga tidak bersih daripada cacat dan cela. Maka, apabila kita mula menyebut kecacatan orang lain, orang lain pun akan terdorong untuk menyebut kecacatan kita.

            Hasan al-basri berkata: “Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki cacat. Setelah ia mencela orang lain, maka orag lain menemui cacatnya. Aku pernah berjumpa dengan seseorang yang memiliki banyak cacat-cela. Namun kerana dia diam daripada menceritakan kecelaan orang lain , maka orang lain tidak pun membicarakan cacat-cela.”

            Dalam hadis Abu Daud, Rasulullah (S.A.W)  bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman dengan lisannya namun keimanan itu boleh masuk ke dalam hati, berhentilah daripada mengumpat orang lain dan mencari-cari keburukan mereka. Sesiapa yang mencari-cari keburukan orang, Allah (S.W.T) akan mencari keburukannya. Dan sesiapa yang telah dicari keburukannya oleh Allah (S.W.T), maka ia akan dihina di rumahnya sendiri”

            Kebiasaannya mengumpat sangat buruk. Namun lebih buruk lagi jika ia dilakukan oleh orang yang mengetahui keharamannya. Apabila seorang tokoh agama menggunakan perkara ini, orang awam akan mengira bahawa sikap ini dibolehkan dalam agama. Untuk itu, hukuman allah sangat besar ditimpakan kepada orang yang seperti ini. Imam al-Sakhawi dalam kitab al-I’lam bi al-Taubikh menyebut beberapa ulama yang hilang hafalannya, tidak bermanfaat ilmunya, bahkan mati dalam kehinaan kerana sering mencela orang lain.

            Salah satunya daripadanya ialah al-Hafiz Ibn Sind al-Lakhami (wafat 792H), seorang pakar hadis dari Mesir. Beliau  pernah menimba ilmu daripada beberapa ulama besar seperti al-Hafiz al-Zahabi, Tajuddin al-Subki dan Ibn Kathir. Akibat sering mencela orang lain, semasa akhir hayatnya Ibn Sind lupa kebanyakan ilmu yang pernah dihafalnya, termasuk ayat-ayat al-Quran.

            Juga seorang pakar fiqah dan qadi dari Yaman. Namanya Muhammad bin Abdillah bin Adi Bakar al-Rimi. Beliau terkenal sering mencela dan memperlekeh pendapat Imam al-Nawawi. Imam al-Sakhawi bercerita: “Ulama ini meninggal dunia dengan lidah terpesong dan berwarna hitam.”

           

2.5       Mengumpat Ulama Terdahulu

Kisah pakar fiqah dari Yaman ini menunjukkan bahawa ghibah (mengumpat) tidak dibatasi dimensi ruang dan waktu. Kita tetap dikira mengumpat apabila membicarakan  keburukan orang lain yang telah wafat sekalipun.

Islam mengajar kita agar mengingati kebaikan orang yang sudah mati dan melupakan keburukannya. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi, Rasulullah (S.A.W) bersabda yang bermaksud : “Sebut-sebutlah  kebaikan orang yang telah wafat dan tutuplah keburukannya.

Jika prinsip ini diceroboh keberkatan ilmu akan hilang. Berapa ulama silam daripada kalangan ahli hadis ataupun sufi yang rosak namanya kerana sikap ini. Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah adalah dua orang daripada sekain banyak mangsa keganasan lidah orang yang tidak bertanggungjawab.

Berkata Abu Turab al-Nakhsyabi: “Apabila hati suka berpaling daripada Allah, ia akan sering mencela wali-wali Allah.”

2.6       Diam Lebih Selamat

Bagaimanapun,diam lebih selamat. Jika kita diam daripada mencela orang yang masih hidup, maka kita selamat daripada celaan mereka. Jika kita diam dariada mencela orang yang sudah mati, kita akan selamat daripada kesukaran hisab kelak.

Seorang ulama hadis yang saya temui tidak pernah mencela dan dicela orang lain ialah Muhammad bin Hasan bin al-Sabbah al-Za’farani (wafat 260H). Beliau murid al-Syafi’i da Baghdad yang sangat tampan dan fasih, juga pakar bahasa Arab. Ahli sejarah berkata, tidak seorang pun yang berkata buruk tentang ulama ini kerana beliau tidak pernak memburukkan orang lain.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk meniru teladan ulama-ulama salaf kita dan mulai menjaga lisan kita daripada menyebut keburukan orang lain. Amin, ya rabbal ‘alamin.

 

           

Sunday 21 July 2013

Shaklee distributor- call me for order 0136265107
1.1 Philosophy of computer

Philosophers have discovered computers and information technology (IT) as research topics, and a wealth of research is taking place on philosophical issues in relation to these technologies. The research agenda is broad and diverse. Issues that are studied include the nature of computational systems, the ontological status of virtual worlds, the limitations of artificial intelligence, philosophical aspects of data modelling, the political regulation of cyberspace, the epistemology of Internet information, ethical aspects of information privacy and security, and many more. There are specialized journals, conference series, and academic associations
devoted to philosophical aspects of computing and IT as well as a number of anthologies and introductions to the field [ Floridi , 1999, 2004; Moor and Bynum, 2002], and the number of publications is increasing every year.

Philosophers have not agreed, however, on a name for the field that would encompass all this research. There is, to be fair, not a single field, but a set of loosely related fields – such as the philosophy of artificial intelligence, computer ethics and the philosophy of computing – which are showing some signs of convergence and integration. Various names have been considered for such a field, including “philosophy of computing”, “philosophy of computer science,” “cyber philosophy” and “philosophy of information technology”. We find none of these names sufficiently broad in scope. Without aiming to settle the issue for good, we propose philosophy of computing and information technology. We define philosophy of computing and IT as the study of philosophical issues in relation to computer and information systems, their study and design in the fields of computer science and information systems, and their use and application in society.

We propose that on the basis of both conceptual and historical grounds this area can be divided up into five subfields, which we will survey in the following five sections. They are the philosophy of computing (section 2), the philosophy of computer science (section 3), the philosophy of artificial intelligence (AI) (section 4), the philosophy of new media and the Internet (section 5), and computer and information ethics (section 6). Conceptually, these areas have distinct subject matters and involve distinct philosophical questions, as we will try to show in
these sections.

Historically, the philosophy of AI is the oldest area within philosophy of computing and IT; taking shape in the 1960s, and maturing through the 1970s and 1980s. Philosophy of AI is the philosophical study of machine intelligence and its relation to human intelligence. It is an area of philosophy that emerged in close interaction with development in the field of artificial intelligence. The philosophy of AI studies whether computational systems are capable of intelligent behaviour
and human-like mental states, whether human and computer intelligence rest on the same basic principles, and studies conceptual and methodological issues within various approaches in AI. In The philosophy of computing significant work is being done since at least the 1970s.


https://www.facebook.com/JaringanSihat

 Shaklee distributor- hafizi- call me for order 0136265107

MAKSUD SURAH AL-BAQARAH


MAKSUD SURAH AL-BAQARAH AYAT 284-286


284. Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu melahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


285. Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

 

 

 

Saturday 20 July 2013

SUPPLEMEN DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Seandainya anda mengambil supplemen tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyahkkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga , ceria dan terus bersemangat dab secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja yang comel...

Kejayan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Sebab itu lah kebanyakkan doktar akan memberi nasihat kepada ibu supaya jaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, faktor susu ibu bergantung kepada kesihatan ibu tersebut.
 
Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu :

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh displin dan konsisten.


  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
  3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan  bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancer.


(* ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE )

7 SEBAB KITA PERLUKAN SUPPLEMEN DALAM HIDUP

  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas Tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari Tanah yang subur. Racun perosok, racun serangga dan bahan pencemar menpengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol, minuman keras dan antibiotic boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi, kafein , lemak , kolestrol , gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  • Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan.
  • Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makana segera yang tinggi kandungan MSG.
  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin , maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

 
 
Mari Hidup sihat dengan Shaklee product dijamin HALAL. Jika berminat can call or sms : 0136265107 untuk tawaran harga yang hebat dan khidmat nasihat cara pengambilan supplemen.
Kem Batu Layar.............memang terbaik.. Rindu nak p lagi... hehe..

 
 
Rehat kan diri kita ditempat tempat yg tenang dan cantik supye kita turut tenang..menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
 

berkhemah pun sesuai and ad chalet murah dan berpatutan...
 
 

Friday 19 July 2013

Kekal Bertenaga dengan minum high performance drink product of Shaklee. dengan faedah yg sesuai untuk Ahli sukan dan orang yg bekerja berat. Antara fungsinya....ia dapat menyediakn tenaga karbohidrat bagi tubuh, mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahhidratan.

https://www.facebook.com/JaringanSihat

Thursday 18 July 2013


ShakleeCreating Healthier Lives.

Sebab badan kita memerlukan supplemen?

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.

Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaan.

Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu dan ayah, apa anda perlu tunggu?jaga mereka dengan supplemen vitamin dari SHAKLEE. Kalau dulu masa anda kecil mereka sudah berkorban hidup untuk membesarkan kita, dimanakah sumbangan kita?? Kirim duet sahaja? Kan lebih baik kita belikan vitamin supaya mereka yang sudah kekurangan tenaga dengan product SHAKLEE.

 

Cadangan untuk kesihatan optimum: B-complex,120biji (RM53.75) , VITA-LEA (multivitamin),120biji(RM88.75), dan VITA-C,90biji (RM37.50).

Cadangan untuk kanak-kanak: Omega Guard,90biji(RM136.00) dan meal shake-french vanilla,544g (RM113.75)

Cadangan untuk suami isteri dan penjagaan dalaman wanita: Vitamin E,30biji dan Alfalfa,90biji –(RM70)

Cadangan untuk kuruskan badan : 30biji Vita-LEA, 30biji Lecithin, 30 biji Alfalfa, 30biji Herb-lax-(RM70)

 

Boleh dapatkan banyak lagi produk seperti set ibu mengandung,ibu menyusu, dan berpantang.

Dapatkan harga yang lebih berpatutan. Niat ingin membantu yang ingin terus sihat.

Boleh dapatkan khidmat nasihat tentang kesesuaian produk.

Terima Kasih atas sudi membaca. Jangan malu bertanya jangan terus percaya product tanpa tahu apa fungsinya.

 


 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
Jika berminat boleh hubungi : HAFIZI (0136265107), FACEBOOK-pziera hamsan, dan wasap 0187748006.

SIHAT with SHAKLEE!!

 

Monday 15 July 2013

Bila kita hargai die?

Alam semula jadi adalah anugerah yg terindah yang sering dinikmati oleh mahluk.. sapa tahu yg dulu nya sungai yg dalam kini menjadi cetek sungai yg bersih menjdi keruh.. ini semua disebbkan tangan manusia yg tidak menghargainya...
memang best kalau dapat mandi sungai...mandi air terjun....kan?tapi jangan risau kite boleh pulih kan selagi mampu.. yg penting bermula dari kita sendiri....kan... pelahan lahan kita baiki dan hargai alam sekitar...

MH370-Misteri Hilang

MH370-Misteri Hilang

Mari lah sama sama doakan mh370 agar selamat ditemui. Mh370 di mana kah dikau berada. Mh370 kami warga Malaysia dan setiap pelusuk dunia menanti kepulangan anda. 
Mh370 mungkin ada dan mungkin tiada. Tapi mengharap mh370 berada dalam keadaan selamat. Hati kami terus panjatkan doa agar segala usaha kami untuk mencari mh370 berhasil, 
Mh370 membawa nama Malaysia ke pelusuk dunia. Kami perlukan bantuan dan sokongan yang terus menerus. Warga Uitm Shah Alam mendoakan mh370 berada dalam keadaan selamat.

Berikut adalah senarai nama penumpang mh370:

  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND)