Friday, 4 October 2013

Types of diabetes-CINCH CHOCOLATE shake mix


Jaringan Sihat

Types of diabetes

There are three main types of diabetes:

Type 1 diabetes used to be called juvenile-onset diabetes.
  •  It is usually caused by an auto-immune reaction where the body’s defence system attacks the cells that produce insulin.
  • The reason this occurs is not fully understood. People with type 1 diabetes produce very little or no insulin. The disease may affect people of any age, but usually develops in children or young adults.
  •  People with this form of diabetes need injections of insulin every day in order to control the levels of glucose in their blood. If people with type 1 diabetes do not have access to insulin, they will die.
Type 2 diabetes used to be called non-insulin dependent diabetes or adult-onset diabetes, and accounts for at least 90% of all cases of diabetes.
  •  It is characterised by insulin resistance and relative insulin deficiency, either or both of which may be present at the time diabetes is diagnosed. The diagnosis of type 2 diabetes can occur at any age.
  • Type 2 diabetes may remain undetected for many years and the diagnosis is often made when a complication appears or a routine blood or urine glucose test is done. It is often, but not always, associated with overweight or obesity, which itself can cause insulin resistance and lead to high blood glucose levels.
  •  People with type 2 diabetes can often initially manage their condition through exercise and diet. However, over time most people will require oral drugs and or insulin.
Both type 1 and type 2 diabetes are serious. There is no such thing as mild diabetes.


Gestational diabetes (GDM) is a form of diabetes consisting of high blood glucose levels during pregnancy.
  • It develops in one in 25 pregnancies worldwide and is associated with complications to both mother and baby. GDM usually disappears after pregnancy but women with GDM and their children are at an increased risk of developing type 2 diabetes later in life.
  •  Approximately half of women with a history of GDM go on to develop type 2 diabetes within five to ten years after delivery.

Let us used Shaklee product for avoided the diabetes. Call 013-6265107 for fast order. Jadi Ahli dengan bimbingan yang secukupnya hanya dengan rm75 seumur hidup.
Jana pendapatan dengan Shaklee.
 



DOA PERMULAAN ACARA


DOA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

يا الله يا رحمن يا رحيم

 

Kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul dalam Program Ukhuwah Fillah Mathele’s induction bagi mengeratkan hubungan siratulrahim.

Kami pohon keberkatan dan keredhaan-Mu dalam majlis ini.

 

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

 

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para pensyarah kami yang kami kasihi.

 

يا الله يا رحمن يا رحيم

 

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

 

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pensyarah-pensyarah kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

 

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.


 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ


https://www.facebook.com/JaringanSihat

Friday, 20 September 2013

tips menjaga hati isteri

TIPS MEMBELI BAJU HAMIL ISTERI



ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG SETIA...
Isteri merupakan anugerah yang amat bernilai bagi kaum lelaki yang bergelar sang suami. Namun lelaki sekarang sering lupa tentang menjaga hati isteri sekali gus menambat hati mereka.



Mengapakah perkara seperti ini berlaku?Bagaimana ingin mengatasinya?

1- Sebelum membeli anda perlu la membuat pilihan yang tepat. Contohnya: kenali kedai yang anda ingin pergi. Pasti kan baju ibu hamil mesti mendapat pengedalian yang sempurna
2- Elakkan membeli baju ibu hamil yang tiada kualiti. Hal ini kerana ianya akan membuat anda sebagai ibu hamil untuk melakukan tugasan rumah atau pegerakan.
3- Cari Baju Ibu Hamil yang mempunyai warna yang menarik. Hal ini kerana, warna yang cerah atau terak amatla memberi kesan yang baik kepada ibu hamil. Bah kan ianya secara tak langsung membuatkan si suami memuji anda cantik dan lain dari yang lain.
Tunjukkan kecantikan anda sepanjang umur. dapatkan baju ibu hamil di kedai An Nur Shoppe Melaka dengan harga yang murah. Jika ingin barangan bayi pun ada. Boleh call encik bakar 013-2773230.

Tips yang berkaitan:


Bukan mudah ingin bahagia selalu disamping keluarga tercinta...Betul tak???

Apa yang anda perlu lakukan untuk menjaga hati isteri.

1- Pastikan dalam sehari mesti ada 7 perkara yang romantic untuk 
    isteri ini kerana orang perempuan akan menjadi lembut bila
      mendengar kata kata cinta.
2- Pastikan dalam sehari mesti solat Jemaah bersama isteri anda
    dan jika sudah mempunyai anak solat berjemaah bersama.
    Dalam islam sudah menerangkan dan menunjukkan contoh yang
    baik.
3-Amalkan 70 kali Al-fatihah dan hembus kedalam air minuman
   dan hidangankan kepada keluarga anda. Bila malam sewaktu
   isteri anda sedang tidur baca 7 kali Al-fatihah dan hembus ke
   umbun umbun isteri anda,
4-Sentiasa balik dengan buah tangan sekiranya pulang dari kerja..tak kisah lah pisang goreng ke?bunga ke? apa apa je janji jangan pulang dengan tangan kosong. 


Selamat mencuba dan boleh lah dating melawat ke kedai kami An Nur Shoppe Merlimau Melaka dan Duyong Melaka. Dapatkan tawaran hebat dengan membeli barangan bernilai rm10 anda akan menjadi ahli kami. Belanja lebih rm100 anda dapat FREE GIVE.



Monday, 26 August 2013

INGIN TAMBAH BERAT BADAN

Jaringan Sihat

Manfaat Vitamin B Complex

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
...
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
 
INGIN TAMBAH BERAT BADAN CUBA LA INI>>>

KALAU BAJET CIPUT>>>> amik Set Mampu, B-complexxx...tak perlu ragu tak perlu bimbang...bila lagi nak cuba? tak kan asyik kena peril je?? sebab kurus sangat... RM45 +rm6 postage.



KALAU BAJET LEBIH cikit>>> amik Set Mega, B-complex + meal shake perisa vanilla.... cara yang amat berkesan dengan pengambilan yang consistent.... harga RM45+ RM100 total RM145... Sebarang pertanyaan dan berminat untuk mencuba dan terus mencuba boleh terus hubungi saya di 0136265107 or boleh add facebook saya Pziera Hamsan...


Setiap usaha anda akan saya doakan berkat keyakinan kita yang Allah S.W.T yang mengaturkan pintu rezeki kita semua...


https://www.facebook.com/JaringanSihat

Tuesday, 30 July 2013


 
 
 
Seronok!!! suami di dapur
Seorang teman memberitahu, sejak awal perkahwinan dia memang jarang ke dapur, kecuali pada hujung minggu atau apabila saudara-mara berkunjung. Semua bertugas di dapur tergalas di bahu suami. Dalam soal ini tiada paksaan, sebaliknya suaminya yang menawar diri dan dia dengan rela (serta senang hati) menyambutnya.
   Teman kedua juga begitu. Katanya, dia hanya sibuk di dapur apabila, keluarga terutama ibu bapa, mertua dan adik-beradik ada di rumah mereka. Bukan berpura-pura tetapi untuk menjaga air muka suami. Sebaik melahirkan anak pertama, suaminya memberitahu tugas teman penulis ini hanyalah untuk menjaga anak dan membahagiakannya.
   Beruntung sungguh wanita yang mempunyai suami begini. Bukan senang untuk melihat suami tangkas beraksi di dapur. Kebanyakan lelaki lebih rela menyerahkan 100 peratus tugas di dapur pada isteri meskipun tahu banyaknya tanggungjawab yang dilaksanakan si isteri.
   Tahukah anda wanita mudah tertarik dengan lelaki yang pandai memasak dan rajin ke dapur? Jadi mengapa tidak gunakan peluang ini untuk menambat hati isteri? Memang diakui, bukan semua lelaki pandai memasak, tetapi ia satu kemahiran yang boleh dipelajari. Bak kata pepatah, di mana ade kemahuan di situ ada jalan.
   Bagi isteri pula, berilah galakan jika suami terbuka hatinya untuk menjengah ke dapur ketika anda memasak. Ramai isteri yang penulis temui berkata, bukan tidak mahu suami memasak, tetapi mereka tidak sanggup melihat ‘kesan sampingan’ kerana pelu mengemas dapur yang bersepah.
   Jangan jadikan perkara ini sebagai penutup laluan suami ke dapur. Untuk mengelakkan kesan sampingan yang anda tidak mahu itu, anda boleh menjadi pembantu ketika suami menunjukkan bakat memasaknya.
   Apa perlunya mengajak suami memasak? Ia antara cara boleh meningkatkan kemesraan suami isteri, membuka peluang yang lebih besar untuk saling bekerjasama dan memahami serta menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
Soalnya, bagaimana hendak mengajak dan menggalakkan suami ke dapur? Antara langkah yang anda boleh lakukan ialah :
  *Menggalakkan suami memasak makanan yang dia inginkan. Melalui cara ini suami bukan saja berfikir mengenai menu malah dia juga akan terbabit secara langsung dalam soal membeli bahan masakan – bermakna anda ada teman untuk bersama-sama ke pasar. Jika suami lebih berminat menyediakan hidangan berasaskan daging atau ayam, seimbangkan sajian anda dengan memasak sayur atau menghidangkan ulam.
  *Beri tunjuk ajar kepada suami cara menggunakan, peralatan di dapur. Awalnya, dia mungkin kekok, tetapi alah bisa tegal biasa. Tunjukkan tempat anda menyimpan bahan masakan seperti garam dan rempah-ratus.
  *Bekalkan buku resipi supaya suami anda boleh membuat pilihan dan rujukan dengan mudah. Tidak kira bagaimana dia beraksi di dapur, satu perkara penting yang anda perlu ingat, jangan tegur supaya dia mengikut cara anda. Setiap orang ada caranya sendiri dan jika dia perlukan bantuan atau panduan, dia pasti akan bertanya.
  *Puji usaha suami. Berikan pujian atas usaha suami walaupun masakannya mungkin tidak seperti yang anda harapkan. Pujilah dia kerana usahanya menyediakan hidangan untuk anda dan keluarganya. Jika anda mahu mengur masakannya, lakukan dengan cara berhemah, contohnya dengan ayat ‘Sedap masakan abang, tapi kalau kurangkan garam tentu lebih berselera saya makan’. Anda juga boleh memberi cadangan untuk dia memperbaiki kualiti masakannya. Gunakan kreativiti anda untuk memuji kekasih anda itu.
   Puji suami di depan ahli keluarga termasuk ibu bapa dan mertua. Pada mulanya suami anda mungkin malu-malu dan menafikannya tetapi, teruskanlah pujian anda. Ini sedikit sebanyak akan mendorong minatnya dan menguatkan semangatnya untuk belajar menyediakan lebih banyak hidangan. Anak-anak juga akan berasa gembira apabila mengetahui bapa mereka pandai memasak. Mana tahu ia boleh meransang anak-anak untuk makan.
  *Pilih menu bersama-sama. Buat permulaan anda boleh mencadangkan hidangan yang mudah dan apabila dia sudah mahir, anda boleh meminta suami memasak sajian yang lebih rumit dan disukai anak-anak. Jika ada anak, anda boleh meminta pandangan mereka hidangan yang diingini supaya anda dan suami boleh bekerjasama menyediakannya. Pada masa sama, anda boleh menggalakkan suami untuk mencipta resipi sendiri. Tidak dinafikan lelaki memang lebih kreatif dalam kebanyakan perkara termasuk menghasilkan hidangan baru.
  *Pergi ke pasar bersama. Babitkan suami dalam pemilihan bahan masakan dan dia mungkin terfikir hidangan yang diingininya. Beritahu suami cara memilih ikan dan sayur yang segar atau bahagian daging serta kesesuaiannya dengan jenis masakan. Terangkan juga kenapa sesetengah produk lebih baik daripada yang lain. Ini cara untuk meransang minatnya terhadap makanan yang hendak disajikan kepada keluarga.
  *Tawarkan diri untuk mencuci pinggan mangkuk. Meskipun anda tahu ia memang akan menjadi tugas anda, tetapi ambillah hatinya dengan menyatakan kesediaan untuk membersihkan peralatan yang digunakan ketika memasak. Jangan biarkan suami bersendirian di dapur kecuali atas permintaanya.
   Berdua di dapur lebih menyeronokkan darpada masak bersendirian. Selain mencuci pinggan, anda boleh membantu memotong bawang atau sayur. Kehadiran anda menemani dia di dapur sedikit sebanyak boleh membuatkan suami terasa dihargai. Ia secara tidak langsung menjadikan memasak sebagai usaha berpasukan dan bukannya tugas individu.
   Pada masa sama, perlahan-lahan anda boleh mengajarnya mengenai aspek kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan. Antaranya membersihkan pisau dan papan pemotong selepas digunakan, menanggalkan cincin dan jam tangan sebelum memasak, basuh tangan setiap kali selepas menyentuh muka, rambut, sampah dan daging mentah.
 
 
 

Sunday, 28 July 2013


APABILA KITA MEMBAZIR

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan mengoyakkannya ?
  Pasti jawapan anda tidak. Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi tanya pada diri sendiri, pernahkah anda membeli majalah atau buku dan meletakkannya ke tepi, kemudian anda tidak sempat membacanya?
  Pernahkah anda membeli baju baru dan selepas beberapa bulan, baru anda menyedari hanya memakainya sekali saja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukan, tetapi hakikatnya anda tidak memerlukannya?
  Pasti pernah bukan? Malah kebanyakan kita mengalami perkara ini.  Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi apabila tiba masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat dan di sini pembaziran berlaku.

  Berikut enam sebab punca pembaziran :

1. Kita memberi alasan untuk berbelanja
    
 Kita sering member sebab perlu berbelanja seperti , “Aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri”. Tidak kira sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian di luar kemampuan.
      Adakalanya kita menyakinkan diri sendiri untuk menjaga ego bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

2. Kita tidak mahu dilihat kedekut
      Adakalanya kita sibuk memikirkan tanggapan orang lain pada diri kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap ‘persetujuan’ daripada orang lain.

3. Kita rasakan sukar untuk memahami kewangan
     
Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi seperti, “Aku tidak pandai dengan angka”, “Aku tak akan jadi kaya” atau “Sukarnya memahami pelaburan”.
      Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab kita perlu berbelanja dan membazir dan pada masa sama tidak pula menyimpan dan melabur.

4. Kita suka pada kepuasan sementara
     
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pasti kita akan membeli sesuatu tidak kira sama ada perlu ataupun tidak.
      Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu rasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

5. Kita tidak mengaku (atau tahu) jumlah sebenar perbelanjaan kita
     
Pernahkah kita mengira jumlah sebenar perbelanjaan bulanan dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan serta mengira wang untuk hiburan dan seumpamanya.
      Tetapi bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta, cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah atau temu janji doktor gigi setahun sekali?
      Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan menyebabkan kita berbelanja lebih.

6. Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang
     
Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kedudukan kewangan diri sama ada dengan cara melabur, memulakan perniagaan atau ingin mempelajari skil baru untuk menambah pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai keutamaan.
      Akibatnya, kita berbelanja dan membazir sehingga tiba waktu terbaik untuk kita mulakan langkah memperbaiki kewangan.
      Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, kita maju setapak ke hadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudah-mudahan kita akan ingat enam sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.

  

      Soalan
     
Saya baru mendirikan rumah tangga tahun lalu dan kami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi. Sebelum berkahwin, saya sering boros namun tidak terasa sebarang kesusahan.
      Kini lain pula apabila berkeluarga, terasa kesulitan apabila membazir. Apatah lagi dengan anak yang bakal lahir, saya mula risau. Apakah yang perlu saya lakukan?

                                                                    Izudin Mohammad,

                                                                Kota Bharu, Kelantan.

      Jawapan
      Perancangan kewangan penting ketika masih bujang. Ia berlipat kali ganda pentingnya apabila berkeluarga dengan lebih banyak mulut untuk disuap.
      Lazimnya kita terlupa untuk melihat keadaan kewangan jangka panjang akibat pembaziran hari ini. Mungkin ia tidak terasa dalam tempoh singkat seperti dua atau tiga bulan dari sekarang, tetapi ia pasti akan member impak kepada keluarga dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang jika tidak melakukan perancangan awal.
      Sebelum menyambut cahaya mata, inilah, masa terbaik untuk fikir dan rancang masa hadapan keluarga. Sikap boros dan membazir perlu dikikis kerana sikap itu mencerminkan kegagalan kita melakukan perancangan.
     Kita sedia tahu emosi memainkan peranan penting dalam pembelian dan pembaziran. Apa kata anda menggunakan elemen emosi ini pula manfaat anda.
     Caranya, fikirkan kesulitan dan kesusahan anda, isteri serta anak dengan penuh emosi. Emosi ini akan membuatkan kita lebih risau seperti anda alami kini dan kerisauan itu boleh menjadi satu motivasi untuk tidak lagi boros dan membazir dalam perancangan kewangan masa hadapan.

Wednesday, 24 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAMA ANAK-ANAK YATIM SEKITAR SHAH ALAM ANJURAN UFM UITM.

Kegembiraan mereka jelas terpancar diraut wajah anak anak kecil ini... mungkin kita pandang remeh benda sebegini tapi apa yang mereka rasa kite tidak pernah tahu.. ada yg telah kehilangan kedua ibu bapa mereka....dan ada yg kehilangan ayah sahaja... dan ada yg kehilangan ibu sahaja...
Jadi dikesempatan ini fizi menyeru umat islam agar sama sama menjaga kebajikan anak anak yatim InsyAllah ada ganjaran DiAkhirat kelak.

hehe happy happy adik adik ni...