Tentang Kami

 
Alhamdulilah
 



Sejak menjadi pengguna vitamin dan supplement Shaklee, saya menjadi semakin jatuh cinta akan produk ini. Mula mula macam malas je nak ambil supplement tapi sebab keberkesanan produk ini membuah kan hasil saya terus membuat pilihan untuk menjadi Ahli Shaklee.

Alhamdulilah berkat dan pertolongan pensyarah saya yang memperkenalkan kepada saya produk Shaklee ini. Saya semakin ingin tahu apa yang Shaklee tawaran kan jika saya menjadi pengedar Shaklee secara kecil kecilan.

Shaklee mempunyai rangkaian produk kesihatan dan makanan tambahan yang sesuai untuk seluruh isi keluarga.  Ada vitamin untuk kesihatan anak, untuk kesihatan ibu, keperluan ibu hamil, ibu menyusu, ibu dalam pantang bersalin, untuk anak yang sedang belajar, untuk kesihatan lelaki dan juga untuk warga tua.

Semestinya kita inginkan seluruh ahli keluarga kita sihat sejahtera. Sihat bukan bermakna tak pernah kena penyakit, tak pernah diserang selsema, batuk, demam dan sebagainya.  Sebaliknya kita dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit dan cepat pulih dari penyakit yang menyerang. Sakit demam, batuk dan sebagainya adalah lumrah dalam kehidupan kita.

Setiap dugaan penyakit yang Allah beri kepada kita bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran kita, menguji sejauh mana kebergantungan dan tawakkal kita kepadaNya, menguji kita untuk sabar berusaha dan berharap semata kepadaNya.  Allah mewajibkan kita berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit, juga mewajibkan kita berusaha menjaga kesihatan kerana kesihatan yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai.

Bila anak jatuh sakit, ibu dan bapa turut merasakan sakitnya. Ibu terpaksa berjaga malam menjaga anak demam, mungkin juga terpaksa mengambil cuti demi menjaga anak sakit. Sebab itu sebaik mungkin kita berusaha menjaga kesihatan dan berusaha meminimumkan risiko untuk jatuh sakit.  Antara usaha yang boleh kita lakukan selain menjaga kebersihan, menjaga pemakanan berkhasiat, kita juga disarankan untuk mengambil food supplement iaitu pemakanan tambahan bagi menampung keperluan nutrition yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan yang kita makan.


Saya sekeluarga mengamalkan vitamin Shaklee seperti ESP, Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix dan Vitamin E.  Manakala untuk anak-anak pula saya  cadangkan beri mereka  Mealshake, Omegaguard, Chewable Vitamin C dan Nutriferon bagi membantu mereka kekal cergas dan sihat. InsyaAllah, anak anda jarang kena selsema dan demam. 

Dan jangan terkejut anda lihat anak anda lebih sihat dan bertenaga. Boleh dikira hanya beberapa kali sahaja anda berkunjung ke klinik sepanjang tahun .

 Alhamdulillah…syukur tidak terhingga..
Saya boleh jana income 3 hingga ke 4 angka walaupun saya masih belajar di Uitm. Sedang mengambil jurusan ijazah sarjana muda sains matematik.

Jadi saya seru kepada anda semua jom sertai saya. Saya akan ajar apa yang saya ada dan saya akan kongsikan pelbagai ilmu.

 
 

0 comments:

Post a Comment