Saturday 20 July 2013

SUPPLEMEN DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Seandainya anda mengambil supplemen tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyahkkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga , ceria dan terus bersemangat dab secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja yang comel...

Kejayan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Sebab itu lah kebanyakkan doktar akan memberi nasihat kepada ibu supaya jaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, faktor susu ibu bergantung kepada kesihatan ibu tersebut.
 
Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu :

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh displin dan konsisten.


  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
  3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan  bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancer.


(* ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE )

0 comments:

Post a Comment